Tuesday, February 15, 2022
Sunday, February 13, 2022
AGENDA PEMERKASAAN TVET NEGARA
Thursday, February 10, 2022
Monday, February 7, 2022
QUALITY TVET EDUCATION FOR THE FUTURE
- Tarikh : 10 Febuari 2022 (Khamis)
- Masa : 9.45 - 11.30 pagi
Sunday, February 6, 2022
TVET PILIHAN PERTAMA KERJAYA
"Inisiatif ini dijangka memperkukuh simbiosis ekosistem TVET dalam menghubungkan pihak yang terbabit untuk merapatkan jurang di antara permintaan dan penawaran tenaga kerja. Usaha yang dilaksanakan Majlis TVET amat signifikan bagi merialisasikan strategi dan inisiatif yang dirangka di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Dalam bajet 2022, kerajaan memperuntukkan RM 6.6 bilion untuk memperkasakan TVET melalui pelbagai inisiatif yang akan dilaksanakan oleh kementerian dan agensi berkaitan," katanya dalam kenyataan hariini.
Ismail Sabri hari ini mempengerusikan mesyuarat majlis itu yang dijalankan secara telesidang dan dihadiri oleh 13 menteri, tokoh industri, termasuk dari Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia, ahli akademik dan wakil pelajar. Ketika ini terdapat 1,295 penyelia TVET awam dan swasta yang dikawal selia oleh 11 kementerian, termasuk 22 institusi TVET kerajaan negeri yang menyediakan pengajian serta latihan peringkat sijil dan diploma.
Ismail Sabri berkata, mesyuarat itu juga bersetuju dengan pelaksanaan Hab Kerjasama TVET, membabitkan 11 kementerian dan hab itu diselaraskan Kementerian Pengajian Tinggi. Katanya, hab berkenaan menjadi platform kerjasama strategik kepakaran, peralatan dan teknologi di antara pusat kecemerlangan dengan institusi TVET, pihak berkuasa wilayah ekonomi dan industri.
Perdana Menteri berkata sejumlah 12 hab dikenal pasti termasuk automotif, semikonductor, marin, menyaman udara, aeroangkasa, robotik, rel, telekomunikasi, hospitaliti dan pelancongan serta teknologi makanan yang akan dilaksanakan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Pelaksanaan inisiatif terbabit menurut Ismail Sabri bakal menyediakan graduan yang menepati keperluan industri, meningkatkan kualiti institusi TVET, memperkukuhkan penawaran program beorientasikan industri dan memperhebat keterlibatan aktif industri.
"Tiba masanya untuk TVET menjadi pilihan utama belia dalam mempersiapkan mereka untuk masa depan kerana ini terbukti mampu melahirkan individu berkemahiran, terlatih dan berbudaya usahawan," katanya. Ismail Sabri berkata mesyuarat semalam juga memperaku penubuhan Badan Koordanisi TVET-Industri (GITC)," katanya. Beliau berkata kerajaan juga sudah mengiktiraf Diploma Vikasional Malaysia sebagai laluan ke rangkaian universiti teknikal awam Malaysia iaitu Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).
"Menyedari kepentingan TVET, mesyuarat bersetuju agar kempen promosi dan penjenamaan semula dilakukan secara komprehensif bagi menghapuskan persepsi yang mengatakan TVET adalah pendidikan kelas kedua dan sudah tidak relevan lagi. Melalui kempen dan promosi ini kita mengharapkan supaya TVET dijadikan pilihan setara dengan akademikademik, sekaligus menjadi kerjaya pilihan seperti negara maju," katanya.