Tuesday, March 15, 2022

BLUEPRINT PENJENAMAAN TVET

 

Berikut adalah infografik beberapa inisiatif kerajaan dalam usaha merangka Blueprint Penjenamaan TVET secara komprehensif untuk mengangkat martabat TVET.

Tuesday, March 8, 2022

TVET MAMPU JADI PILIHAN UTAMA KERJAYA

 

Kuala Lumpur : Persepsi Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai bidang pengajian kelas kedua adalah pandangan lapuk, sebaliknya orang ramai perlu melihatnya sebagai antara laluan utama kerjaya. Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, hal itu terbukti apabila kadar kebolehpasaran graduan TVET pada 2020 iaitu 87 peratus lebih tinggi berbanding kebolehpasaran graduan diperingkat nasional (84.4 peratus).

Bagaimanapun katanya, stigma bahawa TVET hanya untuk individu yang kurang cemerlang dalam akademik masih menebal dalam kalangan masyarakat berbanding program akademik lain di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

"Persepsi ini perlu diubah dan di MQA kmi giat menjalankan kerjasama dengan badan akreditasi luar negara terutama yang mempunyai pendidikan TVET berkualiti tinggi. Selaku badan akreditasi pengajian tinggi negara, MQA sentiasa berusaha unbtuk memastikan dan meningkatkan kualiti TVET di negara ini supaya berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan institusi TVET terkemuka dunia," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohammad Shatar berkata, kualiti pengajian tinggi di negara ini sentiasa diberi penekanan dan berada pada tahap terbaik tanpa mengira jenis institusi. Katanya, MQA tidak akan sekali-kali berkompromi dalam aspek kualiti terhada psemua IPT termasuklah institusi TVET di rangkaian Universiti Teknikal Mlaysia (MTUN), politeknik, kolej komuniti mahupun institusi lain.

"Diharapkan Malaysia mampu meningkatkan imej TVET  setanding dengan negara maju selepas komitmen yang ditunjukkan kerajaan memperuntukan RM 6.6 bilion iaitu antara peruntukan yang terbesar pernah diberikan bagi memperkasa bidang TVET dalam Belanjawan 2022. Usaha ini akan membantu menjayakan hasrat KPT untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global seterusnya menarik minat pelajar antarabangsa mengikuti pengajian di IPT tempatan sama ada dalam bidang TVET atau lain-lain," katannya.

Sumber : Harian Metro 8 Mac 2022

SUBJEK TVET BERMULA DARI TINGKATAN SATU

 

"Subjek TVET bermula dari Tingkatan Satu" dipetik dari kenyataan Akhbar. Kenyataan ini dikeluarkan oleh YAB Perdana Menteri itu menunjukkan bagaimana seriusnya beliau memberikan sokongan terhadap bidang TVET di negara ini. Bagaimanapun ianya perlu diteliti dan diperhalusi sebelum dilaksanakan. Secara peribadi pendedahan subjek TVET sepatutnya perlu diberi pendedahan kepada pelajar sejak di peringkat tadika lagi. Bagaimanapun perlu menggunakan istilah yang sesuai bagi membezakan pendidikan aras pra persekolahan, sekolah rendah, menengah dan peringkat pendidikan tinggi.

Pendidikan TVET dari peringkat awal kanak-kanak akan memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada mereka tentang kewujudan pelbagai kemahiran pekerjaan yang terdapat di industri. Pendidikan TVET berterusan (Continuous TVET) akan dimanfaatkan oleh mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dengan bidang yang diminati. Jika ini berlaku sudah pastinya tidak wujud isu berkaitan dengan pendidikan kelas kedua atau laluan kedua sepertimana yang berlaku selama ini.

MEMPERKASAKAN TVET

 

6 Mac 2022 - Kerajaan bercadang menggubal dasar baharu Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi melahirkan lebih ramai pelajar berkemahiran bidang itu, kata Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri berkata, cadangan itu mampu dilaksanakan selepas pencapaian rekod TVET mampu melahirkan pekerja mahir terlatih dan berupaya mencipta kerja sendiri selain menjadi graduan pilihan dalam industri berkenaan.

Selain itu, kebolehpasaran pelatih lepasan TVET pada 2020 mencecah 87 peratus, mengatasi 84.4 peratus rekod keboleh pasaran di peringkat nasional. "Secara keseluruhannya kadar kebolehpasaran graduan Kolej Komuniti pada tahun sama ialah 94.2 peratus dan nilai ini paling tinggi antara institut latihan awam yang kita ada di Malaysia.

"Kalau dahulu, sijil latihan TVET ini tidak boleh digunakan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti tetapi hari ini sudah ada beberapa universiti menerima sijil vokasional TVET ini untuk kelangsungan pelajar bidang ini," katanya pada Majlis Pelancaran Kolej Komuniti Satelit @ Pontian di Kompleks MUafakat Sungai Pinggan, Benut, Johor hari ini.

Tambah beliau, pihak kerajaan juga akan memberi cadangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menggubal dasar baharu supaya pelajar boleh membut pilihan subjek yang mereka ingin ceburi daripada peringkat sekolah menengah terutama pada permulaan tingkatan 1.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga menyeru Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) mempergiatkan lagi pelbagai program dalam mendekati komuniti setempat terutama golongan belia bagi memastikan kursus ditawarkan memenuhi kehendak dan keperluan semasa. Kerajaan memperuntukan RM 25 juta kepada JPPKK tahun ini untuk melaksanakan pelbagai pemerkasaan program TVET dengan mensasarkan 25,000 pelatih mendapat manfaat.

SUMBER BERNAMA

PROGRAM LATIHAN TVET

 

Kerajaan memperuntukan RM 25 juta kepada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) untuk program latihan TVET yang bakal memanfaatkan 25,000 orang pelatih.

PROGRAM MEMPERKASAKAN TVET